AKTIVITI SUKARELAWAN BERI PENGALAMAN BERHARGA
Aktiviti kesukarelawan merupakan satu aktiviti yang memberikan manfaat dalam pelbagai aspek kehidupan. Melalui aktiviti kesukarelawanan, kita dapat mengenali budaya kaum lain, mendidik diri untuk bersyukur dengan apa yang dimiliki dan juga sikap saling bantu-membantu antara sesama manusia.
Gambar di atas merupakan aktiviti kesukarelawanan yang pernah disertai di Bandar Melaka, Melaka dan juga Kg Orang Asli di Pulau Indah Selangor.
Melalui aktiviti kesukarelawanan, kita dapat menghayati kesusahan yang dialami oleh insan-insan yang kurang bernasib baik dari segi pendapatan. Saya juga mendapati, persepsi saya sebelum ini berkenaan dengan gelandangan adalah salah sama sekali, saya beranggapan mereka ini malas dan tiada pekerjaan. Sebenarnya mereka ini kebanyakannya mempunyai pekerjaan, tetapi kurang bernasib baik, mungkin terdapat hutang-hutang lampau yang menyebabkan mereka kehilangan rumah.
Aktiviti kesukarelawanan juga merupakan satu tuntutan Allah.
وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٰنِۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ
Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.
Comments
Post a Comment