JIHAD MENURUT AL-QURAN & SUNNAH
Allah menyeru orang-orang beriman untuk berjihad di jalannya. Berjihad di jalan Allah akan mendapat keuntungan baik dunia dan juga di akhirat. Berjihad di jalan Allah bukanlah sekadar mengangkat senjata berperang mempertahankan agama Allah. Perlu difahami menuntut ilmu juga dikira berjihad di sisi Allah. Melawan hawa nafsu juga dikira sebagai satu jihad.
Secara asasnya, konsep jihad ialah seorang muslim bersungguh-sungguh untuk membuang perkara buruk dalam diri dan juga masyarakat sekelilingnya. Jihad memerlukan kesungguhan yang terbaik daripada individu. Kerana itulah pahala jihad sangat tinggi di sisi Allah.Menyumbang dari segi harta dan masa juga dikira sebagai satu jihad. Allah akan membalas perbuatan jihad ini dengan ganjaran yang sangat lumayan di akhirat kelak. Jadi kita sebagai orang-orang yang beriman perlu berusaha untuk menyahut seruan daripada Allah.
Dalam berjihad, niat perlulah dijaga. Kita perlu sentiasa menjaga niat dalam berjihad. Sentiasa ikhlaskan diri dalam berjihad. Elakkan daripada perasaan riak, ujub dan sebagainya. Kerana hakikatnya akan merugikan diri sendiri jika timbulnya perasaan riak, ujub dan sama maksud dengannya.


Comments
Post a Comment