PATUH PEMERINTAH (ULIL AMRI) SATU TUNTUTAN AGAMA
Pada awal pandemik Covid-19 yang melanda serata dunia. Pelbagai iniseatif telah dijalankan oleh pemerintah-pemerintah setiap negara. Iniseatif ini dilaksanakan bagi memelihara maqasid syariah yang berkaitan.
Namun terdapat individu atau kumpulan yang berfahaman ekstrem terhadap agama seolah-seolah tidak mematuhi arahan pemerintah (ulilamri). Mereka ini berpegang dengan dalil-dalil naqli dan tidak memegang kepada dalil-dalil aqli yang telah dikeluarkan oleh cerdik pandai di dalam kepakaran masing-masing.
Puak ekstrem dalam agama ini seolah-olah menolak hujah yang dikemukakan oleh para mufti dan juga pakar-pakar perubatan. Mereka mengutarakan bahawa Covid-19 ini sebagai satu konspirasi daripada pihak yang ingin menjatuhkan Islam. Jelas sekali mereka ini berhujah tanpa ilmu pengetahuan yang merangkumi pelbagai aspek. Mereka ini taksub kepada satu pendapat sahaja.
Selagi pemerintah tersebut melaksanakan perintah Allah, maka kita sebagai orang yang dipimpin, wajib untuk mematuhi pemerintah.




Comments
Post a Comment