SEDEKAH AMALAN MULIA





Sedekah merupakan perbuatan yang sangat mulia di sisi Allah.  Sejak zaman Rasulullah SAW lagi, telah lahirnya ramai dermawan yang patut kita contohi seperti Abdul Rahman Auf.  Sedekah boleh dilaksanakan dalam pelbagai bentuk. Bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit.  Bahkan berkongsi ilmu kepada insan lain juga dikira sebagai sedekah.

Ketika pandemik Covid-19, insan-insan yang suka bersedekah sangat dihargai oleh masyarakat.  Sebahagian masyarakat amat terkesan dengan pandemik ini, melalui sedekah yang diberikan, sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung oleh kumpulan yang terkesan ini.

Dalam bersedekah, terdapat perkara-perkara yang perlu kita awasi. Dalam kita bersedekah, perlu kita ikhlaskan diri, jauhkan diri daripada timbulnya perasaan riak. Riak akan menyebabkan segala sedekah kita tidak mendapat ganjaran di sisi Allah.
 

Comments