TANDA-TANDA KIAMAT KECIL


Beriman kepada hari kiamat merupakan salah satu rukun iman. Sebelum berlakunya hari kiamat, akan terjadinya tanda-tanda kecil dan juga tanda-tanda besar sebelum kiamat. Antara tanda kecil kiamat ialah bermaharaja bunyi-bunyian muzik.


Bunyi-bunyian muzik bukanlah sesuatu aktiviti yang diharamkan secara mutlak.  Tetapi perlu mengikut panduan yang dikeluarkan oleh syarak dalam berhiburan menggunakan muzik.  Dr Yusof al-Qaradhawi telah memberikan pendapatnya berkenaan muzik.  Menurut Syeikh al-Qaradhawi, isu ini menjadi khilaf yang dibincnagkan dalam kalangan ulama. Nyanyian yang disepakati haram ialah nyanyian yang melibatkan maksiat atau mempunyai unsur mengajak ke arah maksiat. Adapun yang disepakati harus pula ialah nyanyian yang menjurus ke arah naluri fitrah yang dialunkan untuk dirinya, nyanyian sesama suami isteri atau sesama kanak-kanak. Selain daripada jenis-jenis ini termasuk di bawah ruang perselisihan para ulama.


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-2 yang bersidang pada 12-13 Mei 1981 telah membuat keputusan.  Nyanyian yang senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap dan tidak mendorong kepada maksiat, tidak bercampur gaul antara lelaki dengan perempuan dan tidak membawa kepada fitnah adalah harus.  Jika nyanyian senikatanya tidak baik, lucah, biadap, mendorong kepada maksiat, bercampur gaul lelaki dengan perempuan dan membawa kepada fitnah maka nyanyian itu adalah haram.  Menyanyi untuk menimbulkan semangat jihad adalah harus.


Comments