Posts
Showing posts from July, 2021
RIAK, KEBIASAAN YANG MEMAKAN DIRI
- Get link
- X
- Other Apps
Zaman kini wujud ramai individu yang bersikap riak secara sedar mahupun tidak sedar. Dibuktikan lagi dengan wujudnya ‘group’ di laman facebook yang bertajuk riak apa hari ini. Perbuatan ini seakan-seakan menjadi satu keharusan atau kebiasaan masyarakat di Malaysia. Riak memakan diri manusia daripada pelbagai aspek. Antara faktor yang menjadikan perbuatan riak ini suatu kebiasaan dalam masyarakat ialah masyarakat berlumba-lumba mengejar untuk dipandang mulia oleh masyarakat lain. Masyarakat sangat memandang mulia golongan kaya, golongan yang suka bersedekah, golongan berilmu dan juga golongan ahli ibadah. Maka, akan terhasilnya individu bersifat riak ekoran daripada terlalu mengejar untuk dipandang mulia oleh masyarakat lain. Menjadikan segala amalan yang mereka lakukan ini adalah untuk dipandang mulia oleh masyarakat semata-mata. Perkembangan teknologi pada hari ini juga menjadi faktor perbuatan riak semakin berleluasa. Setiap perkar...
CAKNA SABAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA
- Get link
- X
- Other Apps
Pada 20 November 2020 (Jumaat) saya telah menyertai satu Webinar Kesukarelawanan Kita Bantu Sabah Kolej Pendeta Za’ba Universiti Kebangsaan Malaysia. Webinar ini merupakan anjuran Biro Kesukarelawanan dan Khidmat Masyarakat Kolej Pendeta Za'ba Universiti Kebangsaan Malaysia. Panel pada kali ini ialah Encik Khairul Jamain pengasas pertubuhan Impactive Malaysia. Peserta juga terdiri daripada universiti lain seperti Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia dan matrikulasi. Panel pada malam ini mempunyai rancangan Youtubenya sendiri dan salah seorang speaker ML Studios. Beliau juga seorang “backpacker” dan aktivis kesukarelawanan dan pengasas pertubuhan Impactive Malaysia. Beliau selalu terlibat dalam misi dan aktiviti kemasyarakatan. Antaranya ialah misi bencana Lombok, projek al-quran pulau ke pulau dan kutipan dana covid untuk penduduk di Semporna. Pada tahun 2014, beliau mendapat anugerah Tokoh Belia Manjung di Perak. Beliau berpengalaman h...