Posts
RIAK, KEBIASAAN YANG MEMAKAN DIRI
- Get link
- X
- Other Apps
Zaman kini wujud ramai individu yang bersikap riak secara sedar mahupun tidak sedar. Dibuktikan lagi dengan wujudnya ‘group’ di laman facebook yang bertajuk riak apa hari ini. Perbuatan ini seakan-seakan menjadi satu keharusan atau kebiasaan masyarakat di Malaysia. Riak memakan diri manusia daripada pelbagai aspek. Antara faktor yang menjadikan perbuatan riak ini suatu kebiasaan dalam masyarakat ialah masyarakat berlumba-lumba mengejar untuk dipandang mulia oleh masyarakat lain. Masyarakat sangat memandang mulia golongan kaya, golongan yang suka bersedekah, golongan berilmu dan juga golongan ahli ibadah. Maka, akan terhasilnya individu bersifat riak ekoran daripada terlalu mengejar untuk dipandang mulia oleh masyarakat lain. Menjadikan segala amalan yang mereka lakukan ini adalah untuk dipandang mulia oleh masyarakat semata-mata. Perkembangan teknologi pada hari ini juga menjadi faktor perbuatan riak semakin berleluasa. Setiap perkar...
CAKNA SABAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA
- Get link
- X
- Other Apps
Pada 20 November 2020 (Jumaat) saya telah menyertai satu Webinar Kesukarelawanan Kita Bantu Sabah Kolej Pendeta Za’ba Universiti Kebangsaan Malaysia. Webinar ini merupakan anjuran Biro Kesukarelawanan dan Khidmat Masyarakat Kolej Pendeta Za'ba Universiti Kebangsaan Malaysia. Panel pada kali ini ialah Encik Khairul Jamain pengasas pertubuhan Impactive Malaysia. Peserta juga terdiri daripada universiti lain seperti Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia dan matrikulasi. Panel pada malam ini mempunyai rancangan Youtubenya sendiri dan salah seorang speaker ML Studios. Beliau juga seorang “backpacker” dan aktivis kesukarelawanan dan pengasas pertubuhan Impactive Malaysia. Beliau selalu terlibat dalam misi dan aktiviti kemasyarakatan. Antaranya ialah misi bencana Lombok, projek al-quran pulau ke pulau dan kutipan dana covid untuk penduduk di Semporna. Pada tahun 2014, beliau mendapat anugerah Tokoh Belia Manjung di Perak. Beliau berpengalaman h...
KEMBARA DAKWAH SINGAPURA
- Get link
- X
- Other Apps
Singapura merupakan sebuah negara yang terletak di sebelah negara Malaysia. Singapura telah masuk ke dalam Malaysia pada tahun 1963 dan keluar semula daripada Malaysia pada tahun 1965. Kebanyakan rakyat Singapura adalah berbangsa Cina. Pada hujung tahun 2019, saya dan rakan-rakan berkesempatan melawat Singapura selama dua hari satu malam. Antara tempat menarik yang boleh dilawati di Singapura: 1) Pusara Aman -Tanah perkuburan berpusat di Singapura, kerajaan Singapura mengambil iniseatif sebegini bagi mengoptimumkan penggunaan tanah di Singapura disebabkan tanah Singapura yang agak terhad. Setelah beberapa tahun jenazah dikebumikan, pihak Pusara Aman akan menggali semula dan meletakkan beberapa jenazah di dalam satu liang lahad yang sama. Hal ini bagi menjimatkan ruang penggunaan tanah di Singapura. 2)Darul Arqam-Muslim Convert Association Darul Arqam adalah satu badan yang diwujudkan sebagai satu pusat pengislaman orang. Mereka yang berminat dengan agama Is...
AKTIVITI SUKARELAWAN BERI PENGALAMAN BERHARGA
- Get link
- X
- Other Apps
Aktiviti kesukarelawan merupakan satu aktiviti yang memberikan manfaat dalam pelbagai aspek kehidupan. Melalui aktiviti kesukarelawanan, kita dapat mengenali budaya kaum lain, mendidik diri untuk bersyukur dengan apa yang dimiliki dan juga sikap saling bantu-membantu antara sesama manusia. Gambar di atas merupakan aktiviti kesukarelawanan yang pernah disertai di Bandar Melaka, Melaka dan juga Kg Orang Asli di Pulau Indah Selangor. Melalui aktiviti kesukarelawanan, kita dapat menghayati kesusahan yang dialami oleh insan-insan yang kurang bernasib baik dari segi pendapatan. Saya juga mendapati, persepsi saya sebelum ini berkenaan dengan gelandangan adalah salah sama sekali, saya beranggapan mereka ini malas dan tiada pekerjaan. Sebenarnya mereka ini kebanyakannya mempunyai pekerjaan, tetapi kurang bernasib baik, mungkin terdapat hutang-hutang lampau yang menyebabkan mereka kehilangan rumah. Aktiviti kesukarelawanan juga merupakan satu tuntutan Allah. ÙˆَتَعَاوَÙ†ُواْ...
IMARAH MASJID (MENDAPAT PETUNJUK ALLAH)
- Get link
- X
- Other Apps
Imarah masjid merupakan satu sunnah Rasulullah SAW. Pengimarahan masjid oleh individu muslim dapat memberikan 1001 manfaat kepada pelakunya. Selain dapat mengeratkan hubungan antara sesama jemaah masjid. Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang membawa maksud. "Jika seorang lelaki kerap ke masjid, maka itulah tanda lelaki tersebut seorang yang beriman". Dalam peristiwa penghijrahan Rasulullah SAW, apabila Baginda tiba ke kawasan Quba' dan mendirikan Masjid Quba'. Hal ini menunjukkan masjid mempunyai multifungsi kepada masyarakat di sekitarnya. Baik dari segi politik, ekonomi dan juga sosial. Masjid merupakan ladang bagi orang beriman. Melalui pengimarahan masjid, individu dapat melaksanakan pelabagai kebaikan. Antaranya menuntut ilmu, mendirikan solat fardhu di awal waktu dan juga bersedekah.
PATUH PEMERINTAH (ULIL AMRI) SATU TUNTUTAN AGAMA
- Get link
- X
- Other Apps
Pada awal pandemik Covid-19 yang melanda serata dunia. Pelbagai iniseatif telah dijalankan oleh pemerintah-pemerintah setiap negara. Iniseatif ini dilaksanakan bagi memelihara maqasid syariah yang berkaitan. Namun terdapat individu atau kumpulan yang berfahaman ekstrem terhadap agama seolah-seolah tidak mematuhi arahan pemerintah (ulilamri). Mereka ini berpegang dengan dalil-dalil naqli dan tidak memegang kepada dalil-dalil aqli yang telah dikeluarkan oleh cerdik pandai di dalam kepakaran masing-masing. Puak ekstrem dalam agama ini seolah-olah menolak hujah yang dikemukakan oleh para mufti dan juga pakar-pakar perubatan. Mereka mengutarakan bahawa Covid-19 ini sebagai satu konspirasi daripada pihak yang ingin menjatuhkan Islam. Jelas sekali mereka ini berhujah tanpa ilmu pengetahuan yang merangkumi pelbagai aspek. Mereka ini taksub kepada satu pendapat sahaja. Selagi pemerintah tersebut melaksanakan perintah Allah, maka kita sebagai orang yang ...
MENCARI KETENANGAN MELALUI ZIKIR
- Get link
- X
- Other Apps
Zikir secara asasnya adalah lafaz-lafaz mulia untuk mengingati Allah. Banyak lafaz-lafaz zikir yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seperti lafaz tasbih, tahmid dan juga takbir. Antara manfaat utama berzikir ialah mendapat ketenangan dalam diri. Zikir Fatimah merupakan antara amalan zikir yang sangat popular dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Zikir Fatimah ini merupakan amalan zikir yang telah disaran oleh Rasulullah SAW. “Mahukah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu berdua minta? Ketika kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akbar) 34 kali, tasbih (Subhanallah) 33 kali dan tahmid (Alhamdulillah) 33 kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.” (HR. Muslim, no: 4906) Selain mendapat pahala berzikir, berzikir juga dapat menghadirkan ketenangan dalam diri seseorang. Segala penat lelah dan beban yang ditanggung akan dimudahkan melalui ketenangan yang diberikan oleh Allah...
SEDEKAH AMALAN MULIA
- Get link
- X
- Other Apps
Sedekah merupakan perbuatan yang sangat mulia di sisi Allah. Sejak zaman Rasulullah SAW lagi, telah lahirnya ramai dermawan yang patut kita contohi seperti Abdul Rahman Auf. Sedekah boleh dilaksanakan dalam pelbagai bentuk. Bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit. Bahkan berkongsi ilmu kepada insan lain juga dikira sebagai sedekah. Ketika pandemik Covid-19, insan-insan yang suka bersedekah sangat dihargai oleh masyarakat. Sebahagian masyarakat amat terkesan dengan pandemik ini, melalui sedekah yang diberikan, sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung oleh kumpulan yang terkesan ini. Dalam bersedekah, terdapat perkara-perkara yang perlu kita awasi. Dalam kita bersedekah, perlu kita ikhlaskan diri, jauhkan diri daripada timbulnya perasaan riak. Riak akan menyebabkan segala sedekah kita tidak mendapat ganjaran di sisi Allah.
JIHAD MENURUT AL-QURAN & SUNNAH
- Get link
- X
- Other Apps
Allah menyeru orang-orang beriman untuk berjihad di jalannya. Berjihad di jalan Allah akan mendapat keuntungan baik dunia dan juga di akhirat. Berjihad di jalan Allah bukanlah sekadar mengangkat senjata berperang mempertahankan agama Allah. Perlu difahami menuntut ilmu juga dikira berjihad di sisi Allah. Melawan hawa nafsu juga dikira sebagai satu jihad. Secara asasnya, konsep jihad ialah seorang muslim bersungguh-sungguh untuk membuang perkara buruk dalam diri dan juga masyarakat sekelilingnya. Jihad memerlukan kesungguhan yang terbaik daripada individu. Kerana itulah pahala jihad sangat tinggi di sisi Allah.Menyumbang dari segi harta dan masa juga dikira sebagai satu jihad. Allah akan membalas perbuatan jihad ini dengan ganjaran yang sangat lumayan di akhirat kelak. Jadi kita sebagai orang-orang yang beriman perlu berusaha untuk menyahut seruan daripada Allah. Dalam berjihad, niat perlulah dijaga. Kita perlu sentiasa menjaga niat d...
TANDA-TANDA KIAMAT KECIL
- Get link
- X
- Other Apps
Beriman kepada hari kiamat merupakan salah satu rukun iman. Sebelum berlakunya hari kiamat, akan terjadinya tanda-tanda kecil dan juga tanda-tanda besar sebelum kiamat. Antara tanda kecil kiamat ialah bermaharaja bunyi-bunyian muzik. Bunyi-bunyian muzik bukanlah sesuatu aktiviti yang diharamkan secara mutlak. Tetapi perlu mengikut panduan yang dikeluarkan oleh syarak dalam berhiburan menggunakan muzik. Dr Yusof al-Qaradhawi telah memberikan pendapatnya berkenaan muzik. Menurut Syeikh al-Qaradhawi, isu ini menjadi khilaf yang dibincnagkan dalam kalangan ulama. Nyanyian yang disepakati haram ialah nyanyian yang melibatkan maksiat atau mempunyai unsur mengajak ke arah maksiat. Adapun yang disepakati harus pula ialah nyanyian yang menjurus ke arah naluri fitrah yang dialunkan untuk dirinya, nyanyian sesama suami isteri atau sesama kanak-kanak. Selain daripada jenis-jenis ini termasuk di bawah ruang perselisihan para ulama. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaa...